Skip to main content

Perjalanan ke Ipoh dan Penang

Hari kedua bersama W124 saya ini, saya dah bawa dia ke Ipoh dan Penang disebabkan saya ada urusan disana. Sepanjang perjalanan sangat la selesa. Dengan pemanduan yang santai dan selesa. Saya sampai di destinasi yang di tuju.
Cuma masa dalam kesesakan di Penang, saya dapati brek belakang terlekat. Hati dah gelabah takut tak boleh nak teruskan perjalanan. Hasil dari pertanyaan rakan rakan W124. Mereka kata saya masih boleh bawa kereta itu balik. Alhamdulillah sampai juga saya ke rumah.

Comments

Popular posts from this blog

1991 Mercedes Benz 230E

Stelah beberapa bulan mencari, akhirnya dapat juga. Saya bertemu dengan pemilik hasil dari iklan iklan yang di post dalam facebook. Hampir 2 jam juga perjumpaan kami ini. Pemilik sangat sempoi, pemilik ini berasal dari Kuala Kangsar dan menetap di Ipoh. Dia menceritakan sejarah W124 ini dari mula dia pakai hingga la sekarang. Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan W124 ini. Kerana kebanyakan W124 yang saya test, pemiliknya tak menjaga W124 mereka. Niat di hati saya mencari model Masterpiece Original, tetapi dengan harga dan bajet saya terpaksa cari model 230E. Kenapa? dari penyelidikan saya, 230E ini antara penyelengaraan yang murah berbanding 260E atau E280. Model saya ini dilengkapi dengan Sunroof kerana model ini di import dari UK. Pada 29 Mac, secara rasminya saya menjadi pemilik W124 ini. Semua proses tukar hakmilik saya lakukan sendiri kerana ia lebih jimat. Sebenarnya tidak la susah sangat proses tukar hakmilik ini. Jadi bermula la pengembaraan saya bersama W124 ini. ...

W124 Penalaan

Dalam perjalanan balik ke rumah, saya terus ke bengkel pakar Mercedes area rumah saya. Mekanik dapati W124 dalam keadaan baik dan sudah pun melakukan penyelenggaraan. Cuma mekanik membuat sikit penalaan supaya kereta lebih bertenaga. Mekanik ini sudah lama dalam membaikpulih Mercedes. Tidak silap dari remaja. Dulu masa arwah abah bawak W123, dia ini la yang akan di cari untuk baikpulih. Sekarang Ah Chai dah buka bengkel sendiri.