Stelah beberapa bulan mencari, akhirnya dapat juga. Saya bertemu dengan pemilik hasil dari iklan iklan yang di post dalam facebook. Hampir 2 jam juga perjumpaan kami ini. Pemilik sangat sempoi, pemilik ini berasal dari Kuala Kangsar dan menetap di Ipoh. Dia menceritakan sejarah W124 ini dari mula dia pakai hingga la sekarang. Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan W124 ini. Kerana kebanyakan W124 yang saya test, pemiliknya tak menjaga W124 mereka. Niat di hati saya mencari model Masterpiece Original, tetapi dengan harga dan bajet saya terpaksa cari model 230E. Kenapa? dari penyelidikan saya, 230E ini antara penyelengaraan yang murah berbanding 260E atau E280. Model saya ini dilengkapi dengan Sunroof kerana model ini di import dari UK. Pada 29 Mac, secara rasminya saya menjadi pemilik W124 ini. Semua proses tukar hakmilik saya lakukan sendiri kerana ia lebih jimat. Sebenarnya tidak la susah sangat proses tukar hakmilik ini. Jadi bermula la pengembaraan saya bersama W124 ini. ...
Comments
Post a Comment